Pemandu Lori Mengaku Bersalah Sebabkan 5 Kematian Di LPT2

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Pemandu Lori Mengaku Bersalah Sebabkan 5 Kematian Di LPT2
5/28/2015 1:11:51 AM

KUALA TERENGGANU – Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan lima kematian dalam kemalangan di Km386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil-Bukit Besi pada 24 Mei.

Fazly Othman, 35, berasal dari Labis , Johor membuat pengakuan itu selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

Tertuduh didakwa memandu lori secara berbahaya sebelum merempuh sebuah kereta jenis KIA Spectra dinaiki enam sekeluarga itu hingga terbakar akibat dirempuh lori kargo berkenaan dalam kemalangan 4.30 petang, Ahad lepas.

Kemalangan itu menyebabkan kematian pemandunya Ahmad Razi Harun, 53, Dayang Suhana, 23, (menantu); Umar Rayyan Suhaimi, 6 (anak saudara); dan Nur Damia Irdina Rosailan, 1 tahun (cucu).

Seorang lagi mangsa, Hafsah Wangai, 59, (kakak ipar) meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini manakala seorang lagi yang mengalami kecederaan ialah Sharifah Wangai yang merupakan isteri kepada pemandu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Mahkamah Khas Trafik Inspektor Zainuddin Abdul Ghani.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula pada 10 Jun di Mahkamah Majistret Kuala Berang di Hulu Terengganu. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pemandu Lori Mengaku Bersalah Sebabkan 5 Kematian Di LPT2"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info