Rundingan damai akhiri krisis Yaman tertangguh lagi – PBB

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Rundingan damai akhiri krisis Yaman tertangguh lagi – PBB
5/26/2015 8:31:33 PM

Rundingan damai akhiri krisis Yaman tertangguh lagi – PBB

NEW YORK: Satu persidangan hasil inisiatif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke arah mewujudkan keamanan di Yaman ditangguh berikutan permintaan kerajaan Yaman dan beberapa pihak agar diberi lebih masa untuk membuat persiapan.

Penangguhan itu diumumkan PBB semalam apabila rundingan damai itu sepatutnya bermula esok di Genewa.

Beberapa pegawai Yaman berkata, sejak minggu lalu mereka sudah dimaklumkan bahawa rundingan itu ditunda, namun kenyataan PBB semalam adalah pengesahan pertama dikeluarkan.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengarahkan penangguhan itu, demikian menurut jurucakapnya, Stephane Dujarric.

Beliau berkata, Ban kini sedang giat berusaha untuk memberi keyakinan supaya rundingan dapat dimulakan secepat mungkin.

Rundingan itu dianggap berfaedah untuk mengakhiri siri serangan dan pengeboman dilakukan tentera pakatan diketuai Arab Saudi ke atas kumpulan pemberontak Houthi sejak beberapa minggu lalu.

Dujarric berkata, Ban kecewa kerana rundingan tajaan PBB itu tidak berjalan seperti dirancang dan sekali lagi meminta semua pihak yang terbabit dengan krisis Yaman agar mengambil bahagian demi semangat setiakawan.

Ketika PBB merayu semua pihak menyertai rundingan itu tanpa mengenakan sebarang syarat, Presiden Yaman, Abed Rabbo Mansour Hadi menegaskan kerajaannya menuntut agar pemberontak Houthi terlebih dulu berundur dari beberapa bandar yang ditawan, termasuk ibu negara Sanaa.

Pemberontak Houthi itu menyokong rundingan berkenaan dan berkata mereka akan mengambil bahagian.

Ketua Houthi, Abdul-Malek al-Houthi menjelaskan sebelum ini rundingan berkenaan satu-satunya pilihan untuk menamatkan krisis berpanjangan. – AFP

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Rundingan damai akhiri krisis Yaman tertangguh lagi – PBB"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info