Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Mat Despatch kembali musim raya nanti
5/26/2015 8:41:53 PM
Raja Azura antara pelakon yang menjayakan drama Mat Despatch arahan Rashid Sibir.
KUALA LUMPUR: Pengarah Rashid Sibir bakal mengimbau nostalgia peminat drama Mat Despatch musim raya nanti menerusi RTM namun kali ini ia dihasilkan dengan format telefilem.
Bagi yang pernah mengikuti drama berkenaan sememangnya tidak asing lagi kerana pernah diterbitkan dari 1996 hingga 2002 di saluran televisyen sama.
Selepas 13 tahun, pastinya ceritanya akan menggamit rindu kepada pengikut siri drama itu.
Beberapa deretan pelakon asal drama itu turut dikekalkan antaranya antaranya, Amyza Aznan, Sharifah Shahira, Raja Azura, Ijoy Ashari dan Melissa Saila.
Ketika ini beberapa pelakon sudah mula memuat naik gambar sesi penggambaran telefilem itu di laman Instagram masing-masing.
"Gabungan ini (merujuk kepada pelakon) memang sudah lama kami ditunggu-tunggu. Bertahun-tahun juga Rashid merancang semua ini. Selepas tiga tahun merancang, akhirnya ia dapat juga direalisasikan tahun ini.
"Kami sendiri sebagai pelakon juga teruja untuk pertemuan kembali ini. Memang huru-hara jadinya kerana masing masing sudah ada komitmen. Kami pun bukan muda lagi macam dulu.
"Tunggang-langgang juga dialog kerana masing-masing sesuka hati ikut dialog sendiri dan sesedap rasa. Pengarah sendiri nampak kusut dengan kami tapi ia sangat menyeronokkan," kata Amyza kepada BH Online yang menurutnya lagi penggambaran baharu tiga hari berlangsung.
"Pelakon baharu turut ditampilkan kali ini. Ajak Shiro turut berlakon menjadi suami kepada saya," kata Amyza.

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Mat Despatch kembali musim raya nanti"