Pasangan terjun negara pamer aksi hambar


Pasangan terjun negara pamer aksi hambar




KUALA LUMPUR: Pasangan terjun negara, Cheong Jun Hoong dan Leong Mun Yee berada pada kedudukan tercorot pada hari pertama Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2015 di Windsor, Kanada.


Menurut laman web Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA), gandingan Malaysia itu menamatkan saingan dengan mengumpul 276.24 mata dalam acara 10 meter platform seirama wanita.


Pasangan terjun kebangsaan itu bermula baik apabila berjaya mendahului penerjun lain pada terjunan pertama mereka dengan catatan 50.40 mata namun mereka mula menunjukkan prestasi buruk pada terjunan kedua (48.60 mata) dan seterusnya.


China, selaku kuasa besar dunia dalam sukan terjun terus menguasai saingan dengan pasangan Si Yajie dan Lian Jie mengumpul 327.90 mata untuk merangkul pingat emas manakala pasangan Britian, Tonia Couch dan Sarah Barrow, ketinggalan 1.98 mata saja untuk mengutip pingat perak.


Pingat gangsa pula diraih pasangan tuan rumah, Kanada melalui gandingan Meaghan Benfeito dan Roseline Filion dengan pungutan 317.28 mata.


Cheong akan bersaing dalam acara individu iaitu 3 meter papan anjal wanita sementara ratu terjun negara, Pandelela Rinong membuka langkah dalam acara 10 meter platform wanita, esok.


-BERNAMA

0 Komentar untuk "Pasangan terjun negara pamer aksi hambar"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info