Kerajaan komited bantu wanita berjaya dalam keusahawanan – Najib

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Kerajaan komited bantu wanita berjaya dalam keusahawanan – Najib
5/31/2015 6:21:37 AM

Kerajaan komited bantu wanita berjaya dalam keusahawanan – Najib

NAJIB menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Pasarnita di Pusat Membeli Belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. – Foto Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan terus membantu dan membimbing golongan wanita negara ini untuk berjaya dalam bidang keusahawanan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata komitmen kerajaan itu telah diterjemahkan melalui pelbagai polisi pembangunan negara seperti dalam Bajet 2015 dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) yang dibentangkan di Parlimen pada 21 Mei lepas.

Katanya, antara sasaran dalam memartabatkan wanita dalam ekonomi ialah memastikan penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan dalam bidang korporat mencapai 30 peratus, dan di sektor awam, wanita yang berpangkat Jusa C ke atas telah melepasi 35 peratus.

"Kita akan terus bantu wanita kerana wanita penting untuk masa depan negara kita," katanya semasa merasmikan Pasarnita di sebuah pusat beli-belah terkenal di sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Najib, yang menyifatkan usahawan wanita sebagai golongan yang tekun dan beramanah, dan untuk itu bimbingan dan galakan harus diberikan bagi melonjakkan mereka ke kejayaan yang lebih tinggi.

Beliau juga turut menggesa usahawan wanita untuk mengoptima kecanggihan kemudahan teknologi maklumat untuk memajukan perniagaan mereka, termasuk menembusi pasaran di luar negara.

Mengambil contoh seorang usahawan rumpai air wanita di Semporna, Sabah yang sebelum ini hanya menperoleh beberapa ratus ringgit sebulan, tetapi kini mampu meraih RM30,000 sebulan setelah memasarkan produknya dalam talian, katanya. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kerajaan komited bantu wanita berjaya dalam keusahawanan – Najib"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info