Keputusan pertukaran guru guna sistem lampu isyarat – Idris

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Keputusan pertukaran guru guna sistem lampu isyarat – Idris
5/31/2015 3:17:50 AM

Keputusan pertukaran guru guna sistem lampu isyarat – Idris

MENTERI Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh. – Foto Fariz Iswadi Ismail

BESUT: Keputusan pertukaran guru antara negeri bagi pertengahan tahun ini pertama kalinya dibuat menggunakan sistem lampu isyarat, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata menerusi sistem itu, keputusan permohonan guru untuk bertukar ke negeri-negeri pilihan mereka dibuat berdasarkan satu kekosongan bagi satu opsyen.

"Sistem lampu isyarat itu digambarkan seperti lampu hijau sekiranya permohonan yang dibuat bertepatan dengan kekosongan yang ada atau hijau dengan hijau maka baharulah permohonan itu diluluskan," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke Projek Usahawan Empower di Kampung Beris Lampu Kuala Besut di sini hari ini.

Idris berkata, permohonan hanya akan dilayan sekiranya ada kekosongan mengikut opsyen dan menurutnya antara sebab permohonan tidak dilayan adalah kerana tiada kekosongan di tempat yang dipohon.

Beliau berkata kekosongan yang terdapat di negeri-negeri ada dipaparkan secara dalam talian menerusi laman web kementerian.

Idris berkata permohonan untuk bertukar ke tiga negeri iaitu Kelantan, Kedah dan Terengganu merupakan paling banyak diterima.

Bagi sekolah rendah terdapat 2,000 permohonan untuk ke Kelantan diikuti Kedah sebanyak 1,000 permohonan dan 900 permohonan ke Terengganu manakala sekolah menengah pula 2,000 permohonan untuk ke Kelantan, Terengganu (1,000 permohonan) dan Kedah (700 permohonan), katanya.

Katanya di Sarawak membabitkan masing-masing 1,500 permohonan pertukaran daripada guru sekolah rendah dan sekolah menengah manakala di Sabah sebanyak 700 permohonan daripada sekolah rendah dan 900 daripada sekolah menengah. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Keputusan pertukaran guru guna sistem lampu isyarat – Idris"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info