Dipukul Kerana Tak Mahu Anggotai Kumpulan Geng 360

 

 

Siakap Keli News

Dipukul Kerana Tak Mahu Anggotai Kumpulan Geng 360
5/31/2015 5:13:00 AM

Antara suspek yang ditahan polis.
SHAH ALAM, 31 Mei - Seorang pelajar lelaki cedera di beberapa bahagian badan apabila dipukul oleh beberapa suspek yang dikenali sebagai Geng 360 pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira 1.30 petang itu, mangsa yang berusia 14 tahun telah dipukul di dalam sebuah tandas di sebuah pusat membeli belah di Bukit Tinggi dekat sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat, tiga suspek yang masing-masing berusia 15, 16 dan 17 tahun ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar Klang. Menurut beliau lagi, dua dari suspek baru dibuang sekolah manakala seorang masih lagi bersekolah.

"Dua daripada suspek baharu sahaja dibuang dari sebuah sekolah di Pandamaran, Klang pada Khamis lepas sementara seorang lagi suspek masih bersekolah," katanya memetik satu laporan dari Bernama.

Menurut Kamarul Zaman lagi, mangsa dipukul kerana dia enggan menganggotai kumpula samseng yang dikenali dengan nama Geng 360.

Kata beliau lagi, polis kini sedang giat menjejak dalang yang bertanggungjawab merekrut pelajar sekolah menyertai kumpulan terbabit. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Dipukul Kerana Tak Mahu Anggotai Kumpulan Geng 360"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info