Dua Maut, Seorang Parah Apabila Kren Yang Digunakan Semasa Bekerja Terkena Wayar Elektrik Bervoltan Tinggi



BIDOR: Gara-gara kren yang digunakan untuk kerja memindahkan paip air tersentuh wayar elektirik bervoltan tinggi, dua orang lelaki warga tempatan maut makanakala seorang lelaki warga Bangladesh cedera parah.

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Tanah Mas, Bidor, Perak, pada pukul 11.41 pagi semalan di mana kedua mangsa maut di tempat kejadian bersebelahan kenderaan mereka.

Semasa kejadian, kerja-kerja pemindahan paip milik Lembaga Air Perak sedang dijalankan betul-betul di bawah wayar bervoltan tinggi tersebut.

Akibat sentuhan tersebut, arus bervoltan tinggi telah berpindah melalui kren ke atas kenderaan kerja mereka.


Untuk operasi menyelamat, pihak TNB telah mematikan dan dibumikan section talian tersebut bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat pihak bomba. - Siakapkeli.my
0 Komentar untuk "Dua Maut, Seorang Parah Apabila Kren Yang Digunakan Semasa Bekerja Terkena Wayar Elektrik Bervoltan Tinggi"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info