Aznil Nawawi, Altimet dalam drama Geng UPSR

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Aznil Nawawi, Altimet dalam drama Geng UPSR
5/26/2015 11:39:08 PM

Aznil Nawawi, Altimet dalam drama Geng UPSR

KUALA LUMPUR: Astro memperkenalkan GENG UPSR, drama ulang kaji interaktif Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan bersiaran secara eksklusif di Saluran 601 pada setiap Jumaat, mulai 12 Jun ini.

Siaran pada jam 4 petang itu berkonsep belajar, berinteraksi dan berhibur sambil mengikuti kisah Hud, seorang pelajar Tahun Enam yang hilang ingatan akibat kemalangan yang tidak diduga pada saat tarikh peperiksaan UPSR semakin hampir.

Mujurlah rakan-rakan sekolah Hud mengetepikan perbezaan antara mereka bagi memastikan Hud cukup bersedia menghadapi UPSR nanti.

Drama ini dibintangi pelakon handalan seperti Sheikh Baseer, Wafiy, Erissa, Elyn Leong, Danish Zakwan dan Rafael El Arash. Mereka akan turut disertai oleh Daiyan Trisha, Ewal dan Qistina Raisah.

Selebriti seperti Datuk Aznil Nawawi dan Altimet tidak ketinggalan untuk membuat penampilan istimewa dalam siri ini.

Drama ulang kaji interaktif UPSR sebanyak 10 episod ini dilengkapi dengan aplikasi i-Tutor bagi membolehkan pembelajaran interaktif dilakukan terhadap semua subjek secara langsung semasa pelajar menonton drama bersiri berkenaan di kaca televisyen.

Pelancaran GENG UPSR semalam adalah komitmen Astro untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia kandungan yang mendidik, memberi maklumat dan memperkayakan kehidupan.

Penolong Naib Presiden Astro Tutor TV UPSR, Loo Fui Lin, berkata, Astro berbesar hati menjadi Rakan Strategik Kokurikulum Kementerian Pendidikan dan akan terus menyediakan kandungan yang berkualiti berlandaskan sukatan pelajaran akademik.

"GENG UPSR adalah drama ulang kaji interaktif UPSR selama 30 minit bagi menggalakkan pelajar mengulang kaji pelbagai topik secara berkumpulan," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Aznil Nawawi, Altimet dalam drama Geng UPSR"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info