Dua Perompak Pukul Nenek Telah Berjaya Diberkas



Johor Bahru: Hari ini pihak polis telah mengeluarkan kenyataan dimana dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian rompakan dan membelasah nenek, Zainun Baharon, 77, Isnin lalu berjaya diberkas.

Kedua-dua mereka ditahan secara berasingan di sekitar kawasan Bandar Baru Kangkar Pulai antara jam 7.15 malam kelmarin hingga 2.30 pagi semalam bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, suspek yang terlibat berusia 37 dan 55 tahun sebenarnya hanya tinggal berdekatan dengan kediaman mangsa.

“Pihak polis memberi perhatian terhadap kes ini dan telah membentuk satu pasukan untuk membuat siasatan sehingga berjaya memberkas dua suspek.

“Hasil pemeriksaan, suspek berusia 37 tahun yang juga seorang buruh itu didapati mempunyai empat rekod jenayah lampau berhubung kes dadah dan ujian saringan awal air kencing turut mendapati dia positif dadah,” katanya yang ditemui ketika melawat  Zainun di rumah anaknya di Taman Desa Jaya di sini, semalam.

Gambar dari Utusan Malaysia


Dalam lawatan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan wang, buah-buahan serta memberi nasihat dan semangat kepada mangsa yang masih dalam keadaan trauma itu.

Keadaan nenek Zainun adalah stabil dan pihak hospital melaporkan mangsa tidak mengalami pendarahan dalaman, namun dinasihatkan supaya berehat kerana masih terasa sakit-sakti badan kerana dibelasah.

Kira-kira jam 5.30 petang, Isnin lalu, Zainun yang tinggal berseorangan dirumah telah dipukul dua suspek yang bertindak ganas selepas memasuki rumahnya ketika dia berada di dapur menyebabkan rantai dan gelang yang dipakai mangsa dibawa lari suspek. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Dua Perompak Pukul Nenek Telah Berjaya Diberkas"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info