Benjy & Rakan Didakwa Edar Dadah Bakal Berdepan Hukuman Mati


Ditangkap buat kali keempat hanya selepas beberapa hari beliau diikat jamin atas kesalahan memiliki dadah, pelakon Benjy dan rakan Raja Shariff yang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.32 kilogram.



Sekitar penghujung bulan March kedua mereka telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak terletak di Jalan Pagoh-Muar pada jam 1.40pagi.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.


Mereka yang memakai pakaian polis menangguk sebagai tanda faham selepas tuduhan tersebut dibcakan di hadapan Majistret Mohd Syafiq Mustaza.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain sementara kedua-dua tertuduh diwakili peguambela Aqeeb Lizalman Nordin Zamery dan Farhan Read. Pihak mahkamah telah menetapkan tarikh 28 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes.


Dadah sememangnya membawa padah, jika anda mempunyai masalah kewangan ingat jangan sesekali mengambil jalan pintas untuk kaya kerana ia adalah sesuatu perbuatan yang haram. Jauhi dadah, menyesal kemudian hari tidak berguna.


Sumber Berita: Astro Awani

0 Komentar untuk "Benjy & Rakan Didakwa Edar Dadah Bakal Berdepan Hukuman Mati"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info