Video Peragut Paling ‘Win’ Tahun Ini

SK pun tidak faham. Siapa yang rompak siapa dalam kes ini. Kerana berdasarkan video ini, peragut dapat beg, manakala mangsa pula dapat motosikal si peragut.

Dalam kejadian ini, seorang wanita memasuki sebuah lorong. Kemudiannya seorang lelaki bermotosikal berhenti dari arah yang bertentangan.

Setelah itu, suspek merampas beg tangan serta menarik rantai leher mangsa. Apa yang menghairankan di sini, peragut itu terus melarikan diri dan meninggalkan motor.

Mangsa kemudiannya pula melarikan motosikal tersebut. Tidak tahulah samada motosikal itu adalah hasil curi atau tidak. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Video Peragut Paling ‘Win’ Tahun Ini"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info