Rahsia Kecemerlangan SPM Gadis Ini Didedahkan


Rahsia Kecemerlangan SPM Pavitra



Kisah Disebalik Kecemerlangan SPM Gadis Ini Akan Buat Anda Mengalirkan Air Mata | Pavitra A/P Chinapah merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang. Ketika keputusan SPM diumumkan, beliau telah berjaya menjadi pelajar cemerlang apabila mendapat kesemua A+ dalam pelajaran yang diambil.



Rahsia Kecemerlangan SPM Pavitra



Kecemerlangan gadis ini tidak datang secara mudah, kerana adik Pavitra tidak mengambil sebarang kelas tambahan sebaliknya beliau membuktikan usaha keras dan semangat yang ada padanya membuahkan hasil. Pavitra sering mengulangkaji pelajaran selepas habis waktu persekolahan, dan kekuatan untuk berusaha juga didorong oleh faktor kekeluargaan.



Bapa Pavitra merupakan seorang pemandu jentera di Alam Flora dan kejayaan manis ini membuatkan ibu dan bapanya berasa sangat bangga. Kisah kejayaan Pavitra dikongsikan di page Alam Flora dan ianya mendapat lebih 1,800 shares.



Rahsia Result SPM Pavitra



Menanam cita-cita untuk menjadi seorang doktor pakar kulit, Pavitra menyatakan subjek paling sukar baginya ketika SPM adalah Pendidikan Moral.



Ianya sangat berbeza dengan kebanyakan pelajar yang apabila ditanya soalan yang sama, pasti akan menjawab dengan subjek killer seperti Matematik Tambahan, Biologi dan Kimia.



Rahsia Kepututsan SPM Pavitra



Semoga kejayaan dalam SPM ini menjadi satu batu loncatan buat adik Pavitra untuk terus berusaha dan mengecapi lebih banyak kejayaan dimasa hadapan. Tahniah kami ucapkan kepada beliau dan ahli keluarga atas pencapaian yang sangat membanggakan ini.
0 Komentar untuk "Rahsia Kecemerlangan SPM Gadis Ini Didedahkan"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info