Penggali Kubur Pengsan Keranda Tiba-Tiba Terbuka



GELSENKIRCHEN – JERMAN: Seorang penggali kubur terkejut besar sehingga pengsan apabil penutup keranda tiba-tiba terbuka dan kemudiannya mendengar ‘mayat’ bertanyakan di manakah dia berada.

Kejadian tersebut terjadi semasa keranda sudah diturunkan ke dalam lubang kubur dan tiba-tiba ‘Mayat’ wanita warga emas yang berusia 92 tahun telah disahkan meninggal dunia oleh doktor itu membuka pintu keranda.

Anehnya, dia ‘hidup semula’ sebelum dikebumikan dan membuatkan penggali kuburnya pengsan.

'Mayat' tersebut telah dibawa ke hospital kembali oleh penjaga rumah mayat selepas memeriksa nadi yang wanita tersebut masih hidup.

polis sedang menjalankan siasatan ke atas jururawat dan doktor yang mengesahkan kematian wanita tersebut.

Menurut laporan, wanita itu ditemui di tempat tidur di rumah orang-orang tua oleh penjaga, dan dia menyangka wanita tersebut sudah tidak bernafas dan kematian tersebut disahkan oleh seorang doktor.

Sementara itu, pengurus rumah orang-orang tua tersebut, Lother Burger berkata ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan sukar untuk diterangkan. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Penggali Kubur Pengsan Keranda Tiba-Tiba Terbuka"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info