Pelakon Sepanyol Kantoi Tipu Hadiri Oscar


Pelakon Sepanyol Kantoi Tipu Hadiri Oscar



Pelakon ‘Psiko’ Sepanyol Kantoi Tipu Hadiri Oscar | SEPANYOL – Hampir 22,000 peminat dan pengikut instagram aktres dari Sepanyol, Anna Allen dikejutkan dengan penipuan yang dilakukan oleh pelakon berkenaan.



Rupa-rupanya gambar dia menghadiri anugerah Oscar dengan memakai gaun cantik serta gambar menunjukkan dia akrab dengan para pelakon The Big Bang Theory adalah tipu semata-mata.



Sebaliknya Allen tidak pernah ke majlis Oscar, malah ia juga bukan gambarnya.



Hakikatnya dia telah mengedit wajah pelakon sebenar yang memakai gaun cantik itu, serta menukar nama pada kad jemputan untuk menghadiri anugerah Oscar.



Kad jemputan itu merupakan milik pelakon Lupita Nyong.



Untuk meyakinkan orang ramai, dia turut memuatnaik temubual selepas penganjuran Oscar dan memberikan maklumat terperinci sepanjang masa yang dihabiskan dengan Neil Patrick Harris.



Pelakon `sakit jiwa’ ini turut memuat naik gambar kasut Balenciaga dalam akaun instagramnya dengan mendakwa ia miliknya, sedangkan gambar itu merupakan kasut milik aktres Sophia Bush.
0 Komentar untuk "Pelakon Sepanyol Kantoi Tipu Hadiri Oscar"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info