NAZIM Othman yang sebelum ini diberitakan menghidap penyakit berkaitan otak menzahirkan rasa syukur di laman Instagram atas kesudian peminat mendoakan kesejahteraannya walaupun masih tiada kata putus mengenai penyakit yang dihidapinya sekarang.




Embracing the little things in life with a good friend of mine. Kita cuma perlu mereka yang menampakkan sisi jujur dan ikhlas bukan sekadar kata-kata. Alhamdulillah walaupun kawan saya tak ramai, seorang dua yang membuktikan keikhlasan itu sudah cukup sempurnakan hidup ini. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kesejahteraan saya. Saya bersyukur. Semoga kita semua dirahmatiNya. Amin. #Allahknowsbest


A photo posted by nazimothman (@nazimothman) on Mar 3, 2015 at 4:21pm PST


Menerusi gambar terbaharu dimuatnaik, Nazim menyatakan dia cuba menghargai semua benda dari segala jenis aspek walaupun kecil.


Daripada gambar dan ayat-ayat yang dikongsikan juga, menampakkan Nazim memerlukan sokongan dan semangat untuk menghadapi dugaan yang diterima kini.


Apa pun yang Nazim alami ketika ini, kata-kata semangat dan sokongan padu rakan-rakan mahupun peminat mungkin boleh menaikkan lagi semangatnya.


Biar tahu yang dia tidak keseorangan, kepada Nazim, doa kami sentiasa bersama anda.


- MYNEWSHUB.CC