KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan takziah kepada Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Datuk Syed Ali Alattas atas kematian isterinya hari ini.


“Salam takziah kepada Datuk Syed Ali Alattas (DPMM) atas pemergian isteri Sharifah Bahiah Ali As-Shahab hari ini. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya,” kata Najib dalam catatan terbaharunya di laman Facebook dan Twitter.


Arwah dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi di Hospital Gleneagles di sini.


Jenazah kemudian dibawa pulang ke Johor Bahru dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah selepas Zuhur.


- BERNAMA