Hospital Nafi Pelajar Tingkatan 5 Meninggal Dunia Sebab Cuaca Panas

SEMALAM kita digemparkan dengan kematian seorang pelajar Tingkatan Lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manggis, Banting, Selangor dilaporkan meninggal dunia akibat serangan strok haba yang berpunca daripada cuaca panas, tengah hari semalam.

Menerusi satu laporan polis yang dibuat oleh guru sekolah berkenaan, pelajar terbabit, Arven a/l Navies dikatakan sedang menjalani latihan bola sepak peringkat daerah ketika kejadian berlaku.



Bagaimanapun, Hospital Banting menafikan kematian seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Banting, semalam disebabkan strok haba.

Pengarah Hospital Banting Dr Rozita Mohamed berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan oleh penyakit lain.

"Namun, kematiannya mempunyai kaitan dengan pendarahan di bahagian dalam otak," katanya.
Semalam, pelajar lelaki berkenaan mengadu sakit kepala sebelum rebah ketika menjalani latihan bola sepak kira-kira 11 pagi.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Klinik Kesihatan Teluk Datuk, untuk rawatan lanjut. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Hospital Nafi Pelajar Tingkatan 5 Meninggal Dunia Sebab Cuaca Panas"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info