Dr Maza Dan Ustaz Kazim Berdamai Malam Ini


Alhamdulillah, reda sudah isu panas antara dua tokoh ulamak yakni Mufti Perlis, Datuk Dr. Asri Zainul Abidin (Maza) dan Pendakwah Bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias setelah kedua mereka bertemu di Perlis malam ini 8hb 3 2015.

Mereka dilaporkan bertemu dalam suasana penuh mesra dan berbual panjang antara satu sama lain di sebuah kafe.

Yang di-Pertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki juga turut hadir dalam pertemuan itu.

Seperti yang kita tahum beberapa hari yang lalu  pengguna media sosial beragama Islam negara ini dikejutkan dengan penyebaran sepucuk surat daripada Jabatan Mufti Perlis yang tidak bersetuju Ustaz Kazim menjadi panel Forum Perdana Ehwal Islam sempena Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail ke-72.

Dalam surat tersebut, Jabatan Mufti Perlis memberi sebab kerana beliau sering terlibat dengan pembacaan riwayat-riwayat palsu’ menyatakan ‘kenduri Rasulullah SAW menghidangkan roti jala dengan kuah kari’.

Berikutan itu, berlaku cabar mencabar antara kedua pemimpin agama itu.

Polemik di antara kedua-dua tokoh agama itu bagaimanapun mendapat kritikan ramai pengguna media sosial kerana dianggap sebagai sesuatu yang memalukan. - Siakapkeli.com.my

0 Komentar untuk "Dr Maza Dan Ustaz Kazim Berdamai Malam Ini"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info