Dua ‘Superhero’ Luang Masa Lawat Hospital Kanak-Kanak

Dua orang bintang hollywood, Chris Evans dan Chris Pratt membuat kejutan kepada pesakit kanak-kanak di Hospital Kanak-kanak Seattle.

Mereka berdua hadir sebagai watak ‘superhero’ yang pernah mereka lakonkan dan menjadi kegilaan kanak-kanak seluruh dunia.

Chris Pratt hadir sebagai Star-Lord dari filem Guardian of the Galaxy manakala Chris Evans pula tampil dengan sut lengkap Captain America dari filem Captain America.


Selain melawat, mereka juga meluangkan masa bergambar bersama pesakit dan keluarga sebagai tanda sokongan sekaligus mengukir senyuman di wajah kanak-kanak di sana dan terkejut dengan kehadiran dua idola adiwira mereka.

Sebelum ini Chris Evans dan Chris Pratt pernah membuat perjanjian antara mereka untuk membuat lawatan di hospital berkenaan, menyatakan kegembiraan kerana telah melaksanakannya dengan gembira. - Siakapkeli.com.my




0 Komentar untuk "Dua ‘Superhero’ Luang Masa Lawat Hospital Kanak-Kanak"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info