'Terjunan Cinta' Dua Gadis Dua Gadis Demi Seorang Lelaki


Sanggup Terjun Sungai Demi Cinta



Sanggup Terjun Sungai Demi Cinta | Wu Hsia, 21, berpisah dengan bekas teman wanita, Ju Tang, 20, dan kini telah menemui cinta barunya, Rong Tsao, 22. Tiga bulan berikutnya, Tang merayu untuk kembali semula kepadanya dan ia telah menimbulkan konflik di antara mereka.



Hsia berkata, dia sudah penat mendengar rungutan dari kedua-dua belah pihak. “Tsao sering merungut mengenai Tang dan Tang juga melakukan perkara yang sama, dan saya sudah rimas mendengar rungutan mereka” katanya dipetik Mirror. Untuk menyelesaikan masalah yang wujud di antara mereka, Hsia akhirnya mengambil keputusan untuk menemukan mereka bertiga di sebuah tempat di Ningbo, Timur wilayah Zhejiang China, namun keadaan bertambah buruk.



Jurucakap polis berkata, kedua-dua wanita berkenaan mula bertelingkah. Bekas teman wanita lelaki tersebut rasa terhina dengan komen teman wanita lelaki tersebut dan kemudian dia terjun ke sungai dan menyuruh lelaki tersebut untuk menyelamatkannya. “Teman wanita lelaki tersebut takut lelaki tersebut akan terjun untuk selamatkan wanita berkenaan, dia kemudiannya turut terjun dan kemudian menyuruh lelaki tersebut menyelamatkan.



“Hsia kemudiannya terjun ke dalam sungai dan menyelamatkan teman wanitanya dan terus membawa ke hospital. Lelaki tersebut kemudiannya menghubungi abangnya dan menyuruhnya pergi ke sungai dan menyelamatkan bekas teman wanita,” katanya. Abangnya kemudian, menghubungi pihak bomba untuk membantu menyelamatkan Tang.



Sementara itu, seorang pegawai penyelamat berkata, wanita tersebut kemudiannya dibawa ke hospital tetapi dibenarkan keluar tidak lama kemudian kerana tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Cerita ini telah menjadi viral di China. -AP
0 Komentar untuk "'Terjunan Cinta' Dua Gadis Dua Gadis Demi Seorang Lelaki"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info