Hanya kerana sekeping foto yang telah disunting, model tinggi lampai Amber Chia menjadi mangsa kerakusan politik dalam PAS apabila ada pihak menggunakannya sebagai alat untuk menjatuhkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


Tulis Khalid dalam satu entri di blognya, foto tersebut telah dimanipulasi pihak tertentu selepas ia diambil ketika dia hadir pada perasmian sebuah ekspo perabot dan perhiasan dalaman rumah di Shah Alam, Khamis lalu.


CANYL0bUIAAZ43h (3)


Selain Khalid dan Amber, antara individu lain yang turut hadir adalah penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura.


Dalam entri bertajuk Majlis Pelancaran ‘Expo Home Deco’ IDCC Shah Alam: Kempen Kotor Telah Bermula itu, Khalid berkata, foto tersebut telah di’crop‘ sebelum dikongsi di media sosial dengan persoalan, adakah wakil rakyat tersebut telah menceburi bidang peragaan pakaian.


download


“Walaupun mereka (pengkritik) merasakan saya berbakat menjadi seorang model, saya mesti menjelaskan bahawa saya hanya menjalankan tugas sebagai MP untuk merasmikan ekspo berkenaan.


“Saya tidak berseorangan dengan Amber. Ramai orang lain lagi di atas pentas.”


Khalid percaya, fitnah tersebut dilakukan kelompok ahli PAS yang tidak berpuas hati, lantas ingin memalukannya dan menyingkirkannya pada Muktamar PAS Jun depan.


- MYNEWSHUB.CC


Gambar Bersama Amber Chia Diguna Untuk Jatuhkan Saya – Khalid Samad