Andai ada ahli UMNO yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dun Chempaka yang dijadualkan berlangsung 22 Mac depan, mereka seharusnya layak untuk dipecat.


Itu saranan yang diberikan oleh salah seorang calon bebas yang bertanding, Sharif Mahmood setelah dia dipecat keahlian dalam parti tersebut kerana meneruskan niatnya untuk bertanding atas tiket bebas.


sharif1


Memetik kenyataannya dalam portal Astro Awani, “Situasi itu hanya akan menakutkan ahli sekali gus tidak menyemai semangat demokrasi di dalam parti.


“Kalau macam ini gayanya UMNO, baik pecat sahaja semua ahli UMNO yang mengundi pada hari pengundian nanti.”


Individu tersebut berkata demikian ketika diminta mengulas tentang keputusan UMNO yang memecatnya dan seorang calon bebas lagi, Fadzillah Hussin, setelah mereka ingkar dengan arahan parti untuk tidak bertanding.


chempaka_prk_dun_candidate


Terdahulu, Barisan Nasional memutuskan untuk tidak bertanding pada PRK itu bagi memberi tumpuan kepada kerja-kerja pasca banjir yang melanda negeri tersebut penghujung tahun lalu.


Kerusi tersebut kosong setelah penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 12 Februari lepas akibat penyakit kanser prostat.


- MYNEWSHUB.CC


PRK Dun Chempaka – BN Tak Perlu Bertanding, Tumpu Pasca Banjir