Terengganu Tukar Tiga Pegawai Kanan Di Pejabat MB



Terengganu Tukar Tiga Pegawai Kanan Di Pejabat MB | Kerajaan negeri Terengganu membuat pertukaran tiga pegawai kanan di Pejabat Menteri Besar berkuatkuasa hari ini susulan pelantikan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman Isnin lepas.

Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Datuk Mazlan Ngah ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata akan berlaku beberapa lagi bertukaran untuk disesuaikan dengan pertukaran Menteri Besar yang baru.

"Kalau tiada pertukaran Menteri Besar pun pertukaran kakitangan itu tetap akan berlaku sebab ada yang bersara pada Jun ini," katanya.

Bekas Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Md Kamaru Al-Amin Ismail dilantik Setiausaha Sulit Kanan kepada Ahmad Razif.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Berhad, Datuk Wan Ahamad Wan Muda dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar sebelum ini iaitu Azman Ghani @ Hussin masing-masing ditukar ke jawatan baru iaitu sebagai Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu.


View the original article here


sumber

0 Komentar untuk "Terengganu Tukar Tiga Pegawai Kanan Di Pejabat MB"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info