
Sebelum ini Running Man telah terbang ke Australia untuk membuat penggambaran di sana. Episod di Australia memang amat mengujakan. Seronok tengok Rain main kangaruu. Misi yang dibuat lebih kepada memperkenalkan Australia sebagai lokasi pelancongan. Jika Malaysia jadi destinasi terakhir kita dah boleh bayangkan macam mana kalau diorang buat di Malaysia. Boleh buat misi di KLCC, Bukit Bintang dan sebagainya. Banyak sangat tempat menarik di Malaysia ini. Sayangnya impian itu tidak akan tercapai.
Penggambaran di Indonesia adalah bersempena Asian Dream Cup 2014 yang sering menampilkan Park Ji Sung sebagai tetamu jemputan. Untunglah orang Indonesia dapat bertemu dengan ahli Running Man secara “live”. Diharapkan agar pihak produksi Running Man akan berubah fikiran dan memilih Malaysia untuk pertama kalinya sekiranya penggambaran luar negara diadakan semula.
Sumber: Abgnara
0 Komentar untuk "Running Man Lokasi Penggambaran Terakhir Di Indonesia.. Jom Tonton!"