Video Lelaki Yaman Mandikan Singa Jadi Bualan Hangat Di Internet
















Kebanyakan singa tidak suka air dan memandikan seekor singa boleh jadi suatu hal yang membahayakan. Namun di Yaman, seorang lelaki didakwa penternak singa memilih untuk melakukan hal itu.

Sebuah video, yang memperlihatkan lelaki itu tengah mengawal seekor singa dewasa saat ingin memandikannya, telah dimuat naik di Internet, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Kamis (15/5).

Di dalam video itu dapat dilihat di mana ketika singa itu mulai rimas, lelaki tadi terus mendorong kepala singa itu ke bawah dan berteriak "duduk", sambil memaksa singa itu untuk mematuhi dia.

Adegan seperti itu bukanlah suatu hal yang luar biasa di Yaman, sebab negara itu memang dikenali sebagai pusat penternakan hidupan liar yang sering diseludup merentasi sempadan untuk dijual di daerah-daerah jirannya yang kaya.

Menurut laporan terbaru dari akhbar the Guardian, harga anak singa boleh mencapai lebih dari USD 13 ribu  seekor dan bahawa perdagangan haiwan seperti ini membuat peluang besar bagi warga di salah satu kawasan termiskin di Yaman

"Sebuah rangkaian perdagangan yang longgar telah muncul, tidak hanya memperdagangkan singa, tetapi juga cheetah, harimau, rusa, hyena dan monyet," jelas laporan itu.

           







0 Komentar untuk "Video Lelaki Yaman Mandikan Singa Jadi Bualan Hangat Di Internet"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info