Wanita Sakit Mental Selepas Terkejut Dengan Dentuman Guruh

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Wanita Sakit Mental Selepas Terkejut Dengan Dentuman Guruh
6/3/2015 9:51:13 PM

China – Seorang wanita yang mengalami masalah mental selepas terkejut mendengar bunyi dentuman guruh pada 1985, telah dikurung dan dirantai di dalam sebuah pondok selama 30 tahun oleh keluarganya.

Wanita itu, Long Fen, 53, yang digelar `perempuan gila' oleh penduduk kampung juga sering bertindak ganas dan akan memukul serta memaki hamun sesiapa juga yang menghampirinya.

Mentally Ill Wife Chained Up For 30 Years

Dia juga tidak mengenali suami, anak lelaki, menantu dan cucunya yang berusia enam tahun malah pernah bertindak ganas dengan menyerang budak berkenaan.

Disebabkan keadaannya itu, seluruh anggota keluarganya percaya dia telah menerima sumpahan susulan guruh berkenaan.

Keluarganya juga takut untuk mendekatinya menyebabkan mereka hanya memberi makan melalui lubang yang ditebuk di dinding pondok berkenaan.

Pada masa sama, Long Fen juga pernah cuba melarikan diri dengan membuat beberapa lubang di dalam pondok tersebut.

Namun kini selepas 30 tahun tersiksa dia akhirnya menerima rawatan apabila dihantar ke hospital sakit jiwa.

Rawatan itu diberikan selaras dengan peruntukan dana yang diberikan oleh kerajaan untuk merawat 100 pesakit mental selama empat tahun mulai 2014 secara percuma.

Melalui skim berkenaan, kerajaan juga memperuntukan sumbangan 2,000 yuan kepada 1,000 pesakit jiwa bagi rawatan perubatan dan ubat.

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Wanita Sakit Mental Selepas Terkejut Dengan Dentuman Guruh"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info