Usah Leka Gula-gula DAP Mahu Bantu Masjid

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Usah Leka Gula-gula DAP Mahu Bantu Masjid
6/28/2015 3:55:13 AM

AWAL Jun lepas, umat Islam di seluruh Malaysia gempar dengan pengumuman DAP mahu berhasrat membina sebuah masjid di sebuah kampung di Gua Musang, Kelantan yang rosak akibat bencana banjir akhir tahun lalu.

Berita kontroversi itu diumumkan pemimpin parti cauvinis Cina tersebut ketika majlis penyerahan sumbangan rumah untuk mangsa banjir dan pengisytiharan kemasukan Sasterawan Negara, A Samad Said ke dalam DAP.

Rentetan pengumuman itu, beberapa pemimpin UMNO termasuk Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia membidas hasrat DAP tersebut yang disifatkan ada agenda tersirat dan bukan bermaksud meninggikan martabat syiar Islam.

Umum mengetahui, bagaimana parti pengasas DAP iaitu PAP di Singapura turut menggunakan taktik sama untuk menarik sokongan masyarakat Islam tetapi akhirnya meminggirkan komuniti minoriti republik itu sehingga kini.

Gambar hiasan

Bayangkanlah Perdana Menteri Singapura pertama, Lee Kuan Yew sanggup memakai songkok ketika masuk kawasan Melayu malah beliau fasih berbahasa Melayu selain tahu membaca akhbar jawi popular, Utusan Melayu.

Pengalaman pernah menjadi peguam syarikat akhbar terulung Melayu itu membolehkan Kuan Yew amat faham psikologi kaum tersebut, namun akhirnya beliau sendiri yang mengharamkan azan di Singapura awal 1970-an.

Bukan itu sahaja, masyarakat Melayu terpaksa membina atau baik pulih lebih 70 buah masjid di republik atas usaha sendiri menerusi dana khas Yayasan Mendaki kerana tiada peruntukan daripada pemerintah Singapura.

Malangnya, perkara itu masih tidak diambil pengajaran, apabila beberapa wakil rakyat DAP khasnya di Selangor dilaporkan mempromosikan program sumbangan derma kepada masjid dan surau tertentu di kawasan mereka.

Gambar hiasan

Mereka mendakwa kononnya ia sebagai 'mengimarahkan' aktiviti sepanjang bulan Ramadan dan seorang ADUN wanita tanpa segan silu serta bangga turut bergambar bersama-sama dengan AJK di rumah Allah berkenaan.

Menyedari isu itu, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) mengingatkan pemimpin DAP supaya tidak cuba menggula-gulakan umat Islam di negara ini menerusi pemberian wang ringgit kepada pihak masjid atau surau.

Presidennya, Ibrahim Mohd. Hasan Al-Hafiz dilaporkan portal berita AgendaDaily sebagai berkata, tindakan DAP menabur duit untuk mengatakan mereka bukan anti-Islam sebenarnya adalah penghinaan terhadap umat Islam.

"Adakah umat Islam boleh digula-gulakan dengan wang ringgit sehingga gula-gula tersebut menutup mulut kita bersuara? Adakah maruah umat Islam rendah boleh dibeli dengan hanya nilai seribu atau dua ribu ringgit sahaja?

"Sesungguhnya tindakan biadap mereka menaburkan wang ringgit untuk mengatakan bahawa DAP bukan anti-Islam adalah satu bentuk penghinaan secara tersirat terhadap umat Islam," tulisnya dalam status Facebooknya.

Ibrahim jelas merujuk status Facebook milik ADUN kawasan Subang Jaya, Hannah Yeoh yang memaklumkan pejabatnya menyalurkan peruntukan sebanyak RM2,000 kepada masjid dan RM1,000 untuk surau di kawasannya.

Portal berita FMT pula melaporkan, sumbangan Yeoh itu kononnya bagi pihak jawatankuasa rumah ibadat tersebut dapat menganjurkan beberapa program sepanjang Ramadan tahun ini. – Agensi/Mynewshub/HAA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Usah Leka Gula-gula DAP Mahu Bantu Masjid"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info