Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Sukan SEA: Skuad hoki jumpa Singapura di final Jumaat ini
6/10/2015 1:14:36 PM
SINGAPURA: Skuad negara akan bertemu dengan tuan rumah, Singapura pada final acara hoki pada Jumaat ini.
Pada perlawanan terakhir di Stadium Hoki Sengkang hari ini, anak buah Arul Selvaraj menewaskan Myanmar, 2-0, untuk sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang temasya dan melangkah ke final.
Dalam aksi berkenaan, skuad negara diperkuatkan kebanyakan pemain simpanan dan remaja, namun lawan mereka masih tidak mampu menyaingi.
Malaysia yang juga penyandang juara, mendahului menerusi Nor Azrul Abdul Rahman pada minit ke-28, sebelum Aminuddin Mohd Zain menambah jaringan untuk menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-68, sekali gus memastikan mata penuh dalam genggaman.
Singapura yang menjadi lawan skuad negara di final, layak ke peringkat itu, selepas membenam Thailand, 4-0.

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Sukan SEA: Skuad hoki jumpa Singapura di final Jumaat ini"