Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Agong hadiri majlis santapan malam Mesyuarat Majlis Raja-Raja
6/10/2015 1:03:21 PM
YANG di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat pada Majlis Santapan sempena Mesyuarat Ke-238 Majlis Raja-Raja di Istana Negara hari ini.. – foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis santapan malam bersempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-238 di Istana Negara, malam ini.
Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil Sultan.
Antara yang hadir ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah; Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail; Sultan Perak, Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, wakil Sultan Johor, Tunku Bendahara Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir pada majlis itu.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, para menteri besar, ketua menteri dan isteri masing-masing juga menghadiri majlis santapan malam itu.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini dipengerusikan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. – BERNAMA

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Agong hadiri majlis santapan malam Mesyuarat Majlis Raja-Raja"