Sukan SEA: Pelayaran intai tiga emas

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Sukan SEA: Pelayaran intai tiga emas
6/5/2015 7:01:40 PM

Sukan SEA: Pelayaran intai tiga emas

SINGAPURA: Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) berhasrat memburu tiga pingat emas pada Sukan SEA 2015 di Pusat Pelayaran Kebangsaan Singapura di sini, kata presidennya, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim.

Katanya, berbekalkan latihan intensif di dalam dan luar negara, beliau yakin sasaran skuad negara, yang dibarisi muka baharu dan lama dalam acara berkenaan mampu dicapai.

PELAYAR negara menjalani latihan. – Foto Mohamad Shahril Badri Saali

Acara perahu layar pada Sukan SEA ke-28 di sini akan bermula esok.

Kamaruzzaman, yang juga Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan insentif kewangan sebanyak SG$250 (RM689) kepada kesemua 38 atlet serta pegawai perahu layar negara di venue berkenaan, hari ini.

Beliau berkata, pemberian insentif berkenaan sebagai tanda keprihatinan MYA selain menaikkan semangat atlet untuk mencapai kejayaan cemerlang pada temasya sukan kali ini.

Dalam pada itu, Ketua Kontinjen Negara ke Sukan SEA 2015, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yang turut hadir, memuji inisiatif oleh JCorp sebagai galakan dan dorongan kepada atlet negara untuk mengukir kejayaan di sini.

Beliau turut menggesa syarikat swasta yang lain supaya mencontohi pemberian insentif berkenaan yang antara lain bertujuan mengurangkan beban kewangan atlet negara ketika bertanding di luar negara.

"Diharap sagu hati yang diberikan ini mampu meningkatkan motivasi atlet perahu layar negara yang akan mula beraksi esok," kata Mohamad Norza, yang juga Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN).

Malaysia bakal menyertai 17 daripada 20 acara pelayaran yang dipertandingkan kali ini.

Untuk rekod, Malaysia meraih dua pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa pada edisi ke-27 di Myanmar pada 2013. – Bernama

Senarai atlet pelayaran negara di Sukan SEA ke-28:

LELAKI: Abdul Latif Mansor, Ahmad Danish Abdul Hadi Kame, Ahmad Latif Khan Ali Sabri Khan, Asri Azman, Khairulnizam Mohd Afendy, Mohamad Faizal Norizan, Ku Anas Ku Zamil.

Mohd Akiyuddin Mat Zaki, Naquib Eiman Shahrin, Muhamad Uzair Amin Mohd Yusof, Muhammad Dhiauddin Rozaini, Muhammad Fauzi Kaman Shah, Muhamad Fauzan Ruslan, Muhammad Farhan Hamid, Syed Ahmad Syahmi Syed Ahmad Hilmi.

WANITA: Connie Riverra Tsen, Geh Cheow Lin, Katherine Ong Xin Yean, Khairunneeta Mohd Afendy, Norashikin Mohamad Sayed, Nur Amirah Hamid, Nur Shazrin dan Nurliyana Mohamad Latif, Nurul Elia Anuar, Nuraisyah Jamil, Rufina Tan Hong Mui, Siti Nur Fatihah Norulakhairi.

Nor Adriana Adlyna dan Nor Nabila Natasha Mohd Nazri, Nur Aisah Rose Ramlee, Umi Norwahida Sallahuddin.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Sukan SEA: Pelayaran intai tiga emas"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info