Rakyat harus pertahan kestabilan, perpaduan negara – Agong

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Rakyat harus pertahan kestabilan, perpaduan negara – Agong
6/5/2015 11:19:39 AM

Rakyat harus pertahan kestabilan, perpaduan negara – Agong

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu terus mempertahankan kestabilan dan perpaduan negara bagi memastikan Malaysia akan terus mengecapi kemajuan dan kemakmuran secara berterusan, titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Beta berasa amat prihatin dengan pelbagai cabaran dan beberapa isu yang sedang kita hadapi pada ketika ini.

"Antaranya, ada bibit-bibit perpecahan yang diapi-apikan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab," titah Tuanku Abdul Halim dalam ucapan sempena sambutan Hari Keputeraan rasmi baginda yang disiarkan secara langsung menerusi TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

Baginda bertitah bukan mudah untuk membina kesatuan dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini, namun jika tidak dijaga semua perkara mungkin hilang dalam sekelip mata.

Malaysia, titah baginda juga harus mengambil iktibar daripada kekacauan serta kemelut yang berlaku di beberapa negara di dunia sama ada dari sudut politik, persengketaan antara kaum mahupun pelbagai gejala negatif yang boleh memporak-perandakan keadaan. – BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Rakyat harus pertahan kestabilan, perpaduan negara – Agong"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info