7 maut pangsapuri terbakar di Mumbai

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

7 maut pangsapuri terbakar di Mumbai
6/7/2015 7:07:36 AM

7 maut pangsapuri terbakar di Mumbai

KEBAKARAN di blok pangsapuri di Mumbai mengorbankan tujuh orang selepas mereka terperangkap di tingkat atas bangunan terbabit. – Foto AFP

MUMBAI: Kebakaran di blok pangsapuri di Mumbai mengorbankan tujuh orang selepas mereka terperangkap di tingkat atas bangunan terbabit.

Pegawai di Jabatan Kawalan Kebakaran Mumbai, PS Rahangdale, mengesahkan tujuh mangsa maut manakala 25 yang lain cedera dan sedang dirawat di beberapa hospital di bandar raya terbabit.

"Tiga kematian berlaku pada peringkat awal selepas mereka menaiki lif untuk melarikan diri ketika kebakaran yang berpunca daripada masalah bekalan elektrik di unit pendingin hawa.

"Kami berjaya menyelamat lima sekeluarga daripada sebuah pangsapuri yang musnah. Kira-kira 20 orang penduduk di bangunan itu dapat diselamatkan," katanya.

Pasukan bomba berusaha menyiasat punca kebakaran memusnahkan tingkat 14 blok bangunan setinggi 21 tingkat itu.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "7 maut pangsapuri terbakar di Mumbai"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info