Singapura isytihar hari berkabung negara

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Singapura isytihar hari berkabung negara
6/7/2015 8:11:01 AM

Singapura isytihar hari berkabung negara

PERDANA Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

SINGAPURA: Perdana Menteri, Lee Hsien Loong mengisytiharkan esok sebagai Hari Perkabungan Kebangsaan bagi mangsa warga Singapura susulan gempa bumi di Sabah.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan, berkata bendera negara di semua bangunan kerajaan akan dikibarkan separuh tiang.

Sebagai penghormatan, upacara bertafakur selama satu minit akan dilakukan pada permulaan hari di semua lokasi Sukan SEA.

Lee turut dikatakan berasa dukacita terhadap kematian lapan rakyatnya dalam insiden gempa bumi di Gunung Kinabalu, Sabah.

Mereka ialah seorang guru dan enam pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong yang mengikuti rombongan sambil belajar sebarang laut termasuk seorang penunjuk arah.

Bagi pihak semua rakyat Singapura, Lee merakamkan ucapan takziah yang mendalam dan simpati kepada keluarga dan orang tersayang mereka.

"Ketika kami berdukacita atas kehilangan nyawa ini, kami juga ingin menarik perhatian bahawa mereka sedang berusaha untuk menghadapi cabaran baharu," katanya.

Lee juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang bekerja keras tanpa mengenal penat dalam operasi mencari dan menyelamat termasuk pihak berkuasa Malaysia, pasukan SAR, kakitangan hospital, dan sukarelawan yang membantu dalam kejadian ini.

"Kami berharap bahawa ucapan simpati secara kolektif dan sokongan daripada semua rakyat Singapura akan memberi ketenangan dan keselesaan kepada keluarga dan orang tersayang mangsa," katanya.

Sekumpulan pelajar dari Sekolah Rendah Tanjong Katong sebelumnya dilaporkan menyertai rombongan bersiar-siar di Gunung Kinabalu apabila gempa bumi melanda pada Jumaat lepas.

BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Singapura isytihar hari berkabung negara"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info