Rilekslah |
Malaysian Social Media Trendsetter |
Arab Saudi setuju sumbang kepada dana kemanusiaan pelarian – PM
6/7/2015 8:52:13 AM
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika bertemu dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud di Istana As-Salam, Jeddah hari ini. – Foto BERNAMA
JEDDAH: Arab Saudi bersetuju memberi sumbangan kepada dana kemanusiaan pelarian yang dicadangkan oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata persetujuan itu dinyatakan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud dalam pertemuan mereka hari ini.
"Baginda bersetuju secara prinsipnya untuk memberi sumbangan kepada dana kemanusiaan ini.
"Langkah susulan akan diambil oleh Kementerian Luar selepas beberapa negara termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut membayangkan kesediaan untuk menyumbang kepada dana ini," katanya pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini.
Perdana Menteri juga berkata, Malaysia akan menghantar satu pasukan untuk belajar bagaimana Arab Saudi memulihkan rakyatnya yang terpengaruh dengan ideologi militan termasuk kumpulan Negara Islam (IS).
"Arab Saudi mempunyai program 'deradicalization' dan Kementerian Dalam Negeri akan menghantar pasukan mengkaji kaedah pemulihan itu," katanya.

Comments
You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com
If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Arab Saudi setuju sumbang kepada dana kemanusiaan pelarian – PM"