Najib menghadap Raja Salman

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Najib menghadap Raja Salman
6/7/2015 7:49:02 AM

Najib menghadap Raja Salman

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Naif Al-Saud setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz al-Saud awal pagi tadi sempena lawatan rasmi ke Arab Saudi. – Foto BERNAMA

JEDDAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menghadap pemimpin Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud di Istana As-Salam di sini.

Pertemuan berlangsung kira-kira setengah jam mulai 12.05 tengah hari (5.05 petang waktu Malaysia).

Pertemuan itu adalah antara atur cara lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri ke Arab Saudi atas undangan Raja Salman.

Ini adalah kali pertama pertemuan rasmi berlangsung antara kedua-dua pemimpin.

Najib pernah menemui Raja Salman ketika majlis pengebumian Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud pada Januari lalu.

Perdana Menteri kemudian mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Naif Al-Saud.

Turut mengiringi Najib ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Najib menghadap Raja Salman"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info