Saya Antara Orang Yang Paling Gembira Bila Nilai Ringgit Jatuh - Nazri Aziz

 

 

Siakap Keli News

Saya Antara Orang Yang Paling Gembira Bila Nilai Ringgit Jatuh - Nazri Aziz
6/10/2015 8:52:00 PM



KUALA LUMPUR: Dengan keadaan nilai ringgit yang dilihat semakin merosot berbanding matawang utama dunia bukanlah sesuatu kegusaran sebaliknya Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata dia adalah antara orang yang paling gembira nilai ringgit jatuh.

Ini kerana apabila nilai matawang kita jatuh, pelancong-pelancong dari negara besar seperti United Kingdom dan Eropah akan semakin ramai datang berbelanja ke Malaysia kerana nilai tukaran matawang yang tinggi.

"Ringgit semestinya membantu Malaysia, seperti yang saya katakan tadi semasa ucapan penggulungan, saya merupakan antara beberapa individu yang gembira bila ringgit jatuh." 

"Pelancong-pelancong ini akan berasa mewah dan seperti orang kaya apabila melancong ke Malaysia," katanya di lobi Parlimen semalam.

BACA: Ringgit Terus Mengalami Kemerosotan Ke Paras Terendah Berbanding Dolar Singapura

Beliau juga menyatakan dengan kejatuhan nilai ringgit menyebabkan rakyat Malaysia sendiri akan berfikir panjang untuk melancong ke luar negara seperti UK.

"Jadi ianya mahal dan mereka akan membelanjakan wang mereka di sini sebagai pelancong tempatan… dan itu menjadikan saya amat gembira. Saya sangat gembira," katanya.

Beliau juga menjangkakan sektor pelancongan tempatan akan menyaksikan penambahbaikan yang banyak dalam beberapa bulan nanti.

Ringgit menyaksikan kejatuhan paling teruk dalam masa sembilan tahun apabila ia ditutup pada paras paling rendah berbanding dolar Amerika pada Isnin lalu.

Ringgit berada pada 3.7660/7690 berbanding 3.7170/7200 berbading USD1 dan berbanding dengan matawang Singapura $S1 bersamaan RM2.757/761.ketika ditutup pada Jumaat lepas. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Saya Antara Orang Yang Paling Gembira Bila Nilai Ringgit Jatuh - Nazri Aziz"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info