189 orang terkandas di puncak Kinabalu – Masidi

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

189 orang terkandas di puncak Kinabalu – Masidi
6/5/2015 11:40:24 AM

189 orang terkandas di puncak Kinabalu – Masidi

MENTERI Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Masidi Manjun (tengah) ketika memberi penerangan media di pusat gerakan operasi di Taman Kinabalu. – Foto Mohd Ruzaini Zulkefli

RANAU: Seramai 137 pendaki yang terkandas di puncak Gunung Kinabalu selepas gempa bumi pagi tadi termasuk dua yang dilaporkan hilang sebelum ini sudah dikenal pasti dan kini dibawa ke lokasi penginapan pendaki di Laban Rata.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata mereka dibawa ke Laban Rata oleh 32 malim gunung yang mengiringi mereka ketika pendakian.

"Mereka berhati-hati turun ke Laban Rata kerana keadaan laluan yang sukar. Kita berterima kasih kepada malim gunung yang dapat menyambung semula tali panduan pendakian untuk memudahkan pendaki turun.

"Tumpuan kita pada masa ini adalah membawa pendaki terbabit ke Laban Rata kerana di situ ada makanan, selimut dan baju tebal," katanya pada sidang media, di sini, sebentar tadi.

Masidi berkata, pendaki terbabit tidak dapat dibawa turun ke Pondok Timpohon di kaki gunung berikutan keadaan laluan selepas Laban Rata menuju ke bawah tidak dapat ditembusi.

Beliau berkata, helikopter tidak dapat digunakan menyelamatkan mangsa berikutan keadaan awan tebal yang menghalang penerbangan.

Dua helikopter polis hanya dapat menjatuhkan bungkusan selimut, pakaian tebal dan makanan di Laban Rata untuk keperluan pendaki yang terkandas di sana.

Beliau berkata, 85 anggota penyelamat, termasuk bomba, polis dan malim gunung dikerah membantu operasi menyelamat dan membawa turun pendaki.

"Kita dimaklumkan beberapa pendaki cedera tetapi kita masih mengumpul maklumat dan akan memaklumkannya selepas keadaan sebenar mangsa dimaklumkan kepada keluarga mereka.

"Operasi akan diteruskan hingga malam ini. Secara keseluruhan ada 189 orang termasuk malim gunung dan kakitangan Taman-Taman Sabah terkandas di puncak," katanya.

Setakat ini, seramai 52 pendaki sudah turun dan mereka adalah pendaki yang sempat melepasi kawasan Laban Rata atau yang tidak sampai ke puncak sebelum gempa bumi.

Daripada jumlah itu katanya, seramai 10 orang dilaporkan cedera.

Operasi menyelamatkan mangsa katanya, mengalami kesukaran disebabkan faktor keselamatan berikutan masih berlaku runtuhan batu di sepanjang laluan gunung.

Sementara itu, katanya Masjid Pekan Ranau rosak teruk dan tidak dapat digunakan selain beberapa bangunan sekolah memerlukan pembaikan.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "189 orang terkandas di puncak Kinabalu – Masidi"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info