PM berpandangan jauh tak hadir ‘Nothing To Hide’

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

PM berpandangan jauh tak hadir 'Nothing To Hide'
6/10/2015 12:25:08 AM

PM berpandangan jauh tak hadir 'Nothing To Hide'

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seorang yang berpandangan jauh kerana tidak menghadirkan diri ke program Dialog PM bersama NGO, 'Nothing To Hide', kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Bercakap dalam program anjuran Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia malam tadi, Annuar membawa hadirin membayangkan bagaimana jika Najib datang dengan kehadiran "dalam dewan penuh, media dekat 200 orang, dekat luar ada beribu lagi hendak masuk, satu kumpulan lagi suruh Najib letak jawatan… suasana kelam kabut, adakah Najib datang dalam keadaan kacau, bila masuk dalam dewan berlawan dua orang, itukah tahap PM."

Menurut Annuar lagi, apa yang berlaku di antara Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya hanyalah cerita anak beranak yang boleh diselesaikan.

Maka katanya tidak perlu ia menjadi santapan umum sehingga menyulitkan lagi apa yang berlaku.

"Katakanlah kalau kita bergaduh dengan ayah kita, ayah kita hendak datang cabar kita di kedai kopi adakah kita kata 'mailah kalau berani, mai bergaduh' ataupun ayah kita nak bergaduh di kedai kopi kita lari balik senyap-senyap…

"Adakah kita lari ertinya kita takut? Atau kita hormat dia, kalau kita hormat kita elakkan, begitulah perumpaan untuk Najib, maka bagi saya ada kebijaksanaan tindakan itu,"‎ ujarnya.

Berbicara lanjut, Annuar yang juga merupakan Pengerusi Mara itu berkata, tindakan PM itu menyelamatkannya daripada 'menari mengikut tarian pembangkang'.

‎"Adakah kamu yakin dengan jumlah 1, 200 yang hadir itu akan semuanya menyokong Tun Mahathir tiada yang sokong Najib? Saya yakin, tidak semua, berkemungkinan ada yang akan 'boo' Mahathir, …. rakyat saksikan, memang Pas, DAP suka Najib pergi sebab maka berlakulah tempuran Najib dan Mahathir dan akan disaksikan dunia.

"Tahniah Najib akalnya panjang untuk tidak membiarkan perkara huru-hara berlaku, orang nak kata takut ? Takut apa, polis kan ada, Tun Mahathir umur 92, Najib umur berapa? Gagah lagi.. nak lawan teriak, nak gaduh… Najib sebenarnya sangat-sangat menghormati Tun sebab itu dia tidak pergi," ulasnya.

Pada Jumaat, program Dialog PM bersama NGO bertukar kecoh sehingga memaksa penganjur forum 'Nothing to Hide' membatal dan menangguhkan program ke tarikh lain atas arahan polis kerana faktor keselamatan.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PM berpandangan jauh tak hadir ‘Nothing To Hide’"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info