PKR Tuduh Kerajaan Guna Wang GST Bayar Syarikat Tol

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

PKR Tuduh Kerajaan Guna Wang GST Bayar Syarikat Tol
6/13/2015 2:12:24 AM

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), menuduh kononnya kerajaan berkemungkinan menggunakan wang Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) untuk membayar syarikat konsesi tol.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendakwa, kerajaan terpaksa menggunakan wang GST tersebut kerana bimbang syarikat konsesi menaikkan kadar tol sekali gus menimbulkan kemarahan rakyat.

"Saya menjangkakan, jika kerajaan ingin menghentikan segala kenaikan tol kerana takut kepada kemarahan rakyat, kerajaan akan terpaksa menggunakan kutipan GST untuk membayar syarikat Tol.

"Saya memberi amaran kepada kerajaan untuk berterus terang kepada pembayar-pembayar GST jika ingin membayar syarikat tol menggunakan kutipan GST," dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan penjelasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa kenaikan kadar tol seperti yang disebarkan di media sosial tidak benar.

Jelasnya, perkara tersebut belum muktamad dan hanya akan diputuskan dalam mesyuarat kabinet beberapa minggu akan datang.

Justeru, Najib berasa kesal dengan kebocoran maklumat di media sosial berhubung kenaikan kadar tol dipercayai didalangi orang dalam.

Tze Tzin dalam pada itu mempertahankan tindakan pihak yang membocorkan maklumat tersebut kerana mendakwa kenaikan tol tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan rakyat. – mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "PKR Tuduh Kerajaan Guna Wang GST Bayar Syarikat Tol"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info