Pesara Bomba Diminta Bagi Nasihat Cegah Kebakaran

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Pesara Bomba Diminta Bagi Nasihat Cegah Kebakaran
6/12/2015 10:58:38 PM

SIBU – Pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat di Sarawak diminta terus memainkan peranan aktif membantu kerajaan dalam memberi khidmat nasihat tentang pemadaman dan pencegahan kebakaran kepada masyarakat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, khidmat dan sumbangan mereka masih lagi diperlukan walaupun sudah bersara daripada perkhidmatan.

Menurutnya, mereka boleh menyumbang melalui aktiviti dan program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) di tempat masing-masing.

"Walaupun anda sudah bersara, saya harap anda tidak bersara secara total daripada perkhidmatan komuniti," katanya pada Majlis Apresiasi Jasamu Dihargai Persatuan Bekas Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, Soon Koh turut mengumumkan peruntukan kerajaan berjumlah RM10,000 kepada persatuan itu untuk membiayai aktiviti dan menjaga kebajikan anggotanya.

Sementara itu, Pengerusi persatuan, Willian Jee Dreman dalam ucapannya berkata, persatuan itu telah ditubuhkan secara rasminya pada 2012 dan keanggotaannya kini adalah seramai 120 orang. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Pesara Bomba Diminta Bagi Nasihat Cegah Kebakaran"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info