Penerapan NBOS kurangkan kos, hasil objektif maksimum – Salleh

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Penerapan NBOS kurangkan kos, hasil objektif maksimum – Salleh
6/9/2015 9:18:03 PM

Penerapan NBOS kurangkan kos, hasil objektif maksimum – Salleh

KOTA KINABALU: Penerapan pendekatan Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS) yang digagaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2009 mampu mengurangkan kos dan pada masa sama menghasilkan objektif maksimum untuk rakyat dan negara.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said, berkata penerapan NBOS yang lahir berasaskan inovasi nilai dalam enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mampu mengurangkan kos dan menghasilkan objektif pada tahap maksimum untuk manfaat rakyat dan negara.

SPEAKER Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said.

"Enam NKRA yang digariskan adalah mengurangkan kadar jenayah, memerangi rasuah, meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkat taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman serta menambah baik pengangkutan awam.

"Seterusnya, kerajaan Malaysia sejak tahun 2009 mengamalkan NBOS dengan mengaplikasikan empat elemen dalam tadbir urus, iaitu mengurang, menghapus, mewujud dan menambah peluang. Empat elemen ini sekiranya diamalkan dengan baik maka pencapaian dan keberhasilan sektor pentadbiran awam akan terus meningkat," katanya.

Salleh berkata demikian ketika menyampaikan ucap utama sempena Seminar Tadbir Urus Cemerlang dalam Organisasi Edisi Ke-8: Strategi Lautan Biru dalam Tadbir Urus Organisasi, anjuran Universiti Utara Malaysia di sini malam tadi.

Katanya, kesan ketara daripada inovasi nilai yang melahirkan NBOS berkenaan serta penerapannya dalam sistem pentadbiran dan pelaksanaan program dan inisiatif kerajaan ialah pemikiran dan budaya kerja dalam silo sendiri kini tidak lagi membelenggu kementerian dan agensi kerajaan.

Sebagai contoh, Salleh berkata 80 program berimpak tinggi berjaya dilaksanakan dengan cemerlang di bawah projek NBOS, seperti yang diuar-uarkan Najib pada majlis Hari Terbuka Strategi Lautan Biru Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 24 Mei lalu.

Katanya, melalui NBOS, pendekatan kementerian dan agensi bukan sahaja kreatif, memberi impak serta menjimatkan tetapi apa yang lebih penting, rakyat memperoleh manfaat.

"Kejayaan NBOS akan memperlihat kedaulatan dan keharmonian negara terus dapat dipelihara bersama. Paling utama, matlamatnya adalah untuk memastikan masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman damai di negara ini tanpa dibelenggu ancaman. Semua ini akan menjadi sia-sia sekiranya masih ada penjawat awam yang terlibat dengan jenayah rasuah," katanya.

Salleh berkata, jenayah rasuah mengakibatkan negara kehilangan berbilion ringgit di samping mengganggu kesejahteraan rakyat atau dengan kata lain jenayah rasuah menggugat kedaulatan negara.

Katanya, beliau percaya dengan keprihatinan, sokongan serta permuafakatan semua pihak, keselamatan dan keamanan rakyat Malaysia akan terus dapat dipertahankan dan dipertingkat dari semasa ke semasa.

"Insya-Allah NBOS akan menjadi sebahagian daripada platform yang akan menjayakan pembangunan negara sebagaimana digariskan kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). RMK11 ini merupakan untuk pusingan terakhir sebelum kita muncul negara maju," katanya.

– BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Penerapan NBOS kurangkan kos, hasil objektif maksimum – Salleh"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info