Kumpulan Penculik Guna Pati Sebagai “Tali Barut” – Esscom

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Kumpulan Penculik Guna Pati Sebagai "Tali Barut" – Esscom
6/12/2015 11:40:10 PM

KUNAK – Kumpulan penculik untuk mendapatkan tebusan yang aktif di selatan Filipina dipercayai menggunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebagai "tali barut" untuk melakukan jenayah rentas sempadan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Penolong Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Supt Che Aris Bakar berkata oleh itu semua pihak termasuk penduduk perlu berganding bahu bagi menjayakan misi murni kerajaan untuk membersihkan kawasan itu daripada PATI.

Beliau berkata secara tradisinya sasaran utama kumpulan penculik adalah aktiviti perusahan ternak ikan dalam sangkar, perusahan bagang, rumpai laut, nelayan dan pelayaran, namun sasaran kini turut melibatkan kawasan di darat seperti restoran.

"Penculikan yang berlaku (di sebuah restoran) di Sandakan dipercayai didalangi oleh orang dalam yang serba mengetahui keadaan dan individu yang disasarkan. Jelas sekali, Esscom juga berdepan penjenayah atau PATI yang sudah berada di Sabah yang bertindak sebagai pemberi maklumat," katanya.

Aris yang mewakili Komander Esscom Datuk Abdul Rashid Harun berkata demikian pada sesi soal jawab pada program pertemuan Esscom bersama komuniti nelayan Kunak di sini hari ini. Turut hadir Pegawai Kanan Perisikan Esscom Lt Kol Ridzuan Mohd Yusof dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kunak Fatima Halid.

Pada 14 Mei lepas, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King di Sandakan dan menculik seorang pelanggan lelaki dan seorang wanita yang merupakan kakak ipar pengurus restoran itu dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.

Aris turut meminta komuniti nelayan supaya sentiasa berwaspada ketika berada di laut kerana mereka juga merupakan antara sasaran kumpulan penculik.

"Nelayan perlu peka dengan keadaan sekeliling termasuk mengikut arahan pasukan keselamatan sekiranya didapati terdapat ancaman keselamatan di laut dan sentiasa membawa dokumen pengenalan diri, sekali gus memudahkan pihak keselamatan membuat pemantauaan," katanya.

Mengenai perintah berkurung yang sedang dikuatkuasakan di enam daerah di Esszone, beliau berkata ia bertujuan untuk menentukan perairan daerah terbabit berada dalam keadaan terkawal dan selamat.

Aris turut menasihatkan rakyat supaya tidak mempersoalkan kewajaran operasi bersepadu yang diselaraskan oleh Esscom bagi memburu PATI di Esszone, sebaliknya memberikan sokongan padu kepada pasukan keselamatan demi kebaikan bersama. – BERNAMA

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kumpulan Penculik Guna Pati Sebagai “Tali Barut” – Esscom"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info