Nik Mohamad Abduh menang jawatan Ketua Pemuda PAS

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Nik Mohamad Abduh menang jawatan Ketua Pemuda PAS
6/3/2015 9:26:30 AM

Nik Mohamad Abduh menang jawatan Ketua Pemuda PAS

Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

SHAH ALAM: Anggota Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menang jawatan Ketua Pemuda PAS dalam pertandingan satu lawan satu pada pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini.

Anak bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mendapat sokongan kuat daripada kumpulan pro ulama dalam parti itu, menerima 429 undi menewaskan penyandang jawatan itu Suhaizan Kaiat yang mendapat 262 undi.

Keputusan pemilihan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat Dr Zulkarnain Lukman.

Seorang lagi calon yang disifatkan pro ulama, Muhammad Khalil Abdul Hadi iaitu anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda parti berkenaan.

Beliau mendapat 435 undi menewaskan pencabarnya iaitu bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob yang mendapat 257 undi.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Khairil Nizam Khirudin pula mempertahankan jawatan Naib Ketua Pemuda selepas meraih 458 undi, menewaskan pencabarnya Nor Azman Mohamad yang memperoleh 235 undi.

Sebanyak 738 perwakilan termasuk exco Pemuda PAS memilih barisan kepimpinan baharu termasuk 12 Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2015/2017.

Senarai penuh Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2015-2017

Pengerusi Tetap: Kamal Ashaari
Timbalan Pengerusi Tetap: Dr Riduan Mohd Noor
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat: Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat: Muhammad Khalil Abdul Hadi
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat: Khairil Nizam Khirudin

Anggota Jawatankuasa Kerja:
1. Afnan Hamimi Taib Azamudden
2. Ahmad Fadhli Shaari
3. Hishamudin Abdul Karim
4. Izwan Abd Halim
5. Mohd Azam Abd Samad
6. Mohd Hafez Sabri
7. Mohd Zawawi Abu Hassan
8. Muhtar Suhaili
9. Nurul Islam Mohamed Yusof
10. Syahir Che Sulaiman
11. Syarhan Humaizi Abdul Halim
12. Syed Abdul Kadir Al-Joofree

BERNAMA

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Nik Mohamad Abduh menang jawatan Ketua Pemuda PAS"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info