Masalah Teknikal Lewatkan Proses Pasport, Visa AS

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Masalah Teknikal Lewatkan Proses Pasport, Visa AS
6/12/2015 10:34:58 PM

WASHINGTON – Amerika Syarikat mengumumkan menghadapi masalah teknikal dalam urusan pemprosesan pasport dan visa daripada semua pejabat konsulat di seluruh dunia.

Masalah itu menjejaskan semua urusan permohonan pasport yang dibuat di luar negara pada atau selepas 26 Mei.

Mengikut kenyataan Jabatan Dalam Negeri AS, kelulusan permohonan visa juga akan tertangguh bagi permohonan atau temu duga secara online pada atau selepas 9 Jun.

"Masalah ini (menyeluruh) bukan (hanya) membabitkan mana-mana negara, dokumen kerakyatan atau kategori visa tertentu," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut sama ada masalah teknikal itu berpunca daripada perbuatan khianat atau akibat digodam.

Pengeluaran pasport domestik tidak terjejas, justeru masih dapat mengeluarkan pasport kecemasan kepada warga AS di seberang laut yang perlu membuat perjalanan segera.

AS mempunyai rangkaian pejabat konsulat terbesar di dunia dengan lebih 70,000 kakitangan. - AFP/BH Online

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Masalah Teknikal Lewatkan Proses Pasport, Visa AS"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info