Majlis Perbandaran Keluar Papan Tanda Samakan Pembuang Sampah Dengan Beruk

 

 

Siakap Keli News

Majlis Perbandaran Keluar Papan Tanda Samakan Pembuang Sampah Dengan Beruk
6/3/2015 2:14:00 AM



BUTTERWORTH: Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah mengeluarkan empat papan tanda yang menyatakan orang yang membuang sampah di merata-rata tempat lebih bodoh daripada beruk.

Papan tanda yang dipaparkan dalam tiga bahasa itu juga turut memaparkan seekor beruk yang sedang menjelirkan lidah.

Menurut Ahli Majlis MPSP, David Marshel, papan-papan tanda hanya akan ditempatkan di kawasan-kawasan pembuangan sampah secara haram.

"Saya percaya mesej itu dapat disampaikan kepada orang awam. Kita meletakkan papan tanda ini di Taman Kepar dekat sebuah sekolah dan kadar sampah yang dibuang menurun hampir ke paras sifar sekarang berbanding satu tan seminggu sebelum ini," katanya.

Selain itu, beliau juga turut mengatakan MPSP tidak mempunyai perancangan untuk meletakkan papan tanda tambahan setakat ini.

Menurut Marshel lagi, pendekatan itu digunakan oleh MPSP setelah teknik yang digunakan sebelum ini; dengan hanya menyatakan denda; tidak memberi kesan untuk mengatasi pembuangan sampah secara haram. - Siakapkeli.my

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Majlis Perbandaran Keluar Papan Tanda Samakan Pembuang Sampah Dengan Beruk"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info