Kolej Komuniti lahir graduan berkemahiran

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Kolej Komuniti lahir graduan berkemahiran
6/11/2015 8:16:23 PM

Kolej Komuniti lahir graduan berkemahiran

ABDUL Latif (kiri) melihat pelajarnya menggunakan mesin dalam proses pembelajaran bidang Mekanikal Pembuatan di Kolej Komuniti Kepala Batas, Bertam. – Foto Amir Irsyad Omar

SEIRING visi 'Menjadi Peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional serta Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat Menjelang 2015′, Kolej Komuniti kini menjadi pilihan pelajar lepasan menengah untuk meneruskan pengajian mereka dalam bidang teknikal dan vokasional sebagai alternatif dari-pada mengikuti pendidikan formal.

Kolej Komuniti menyediakan latihan kemahiran dalam bidang teknikal dan vokasional termasuk perdagangan, pertanian, kesihatan dan bidang lain bagi memenuhi tuntutan dunia pekerjaan. Terdapat 91 Kolej Komuniti di seluruh Malaysia yang menawarkan pengajian peringkat Sijil dan Diploma serta kursus jangka pendek untuk memenuhi keperluan pasaran dan penduduk setempat.

Kewujudan Kolej Komuniti juga membolehkan masyarakat setempat dan individu mendapat pendidikan seumur hidup bagi meningkatkan kualiti kehidupan selain memberi peluang menggunakan kemudahan yang disediakan di situ.

Ini adalah selaras dengan lonjakan empat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) PPPM(PT) melahirkan graduan tvet berkualiti.

Tingkat bidang kemahiran

Salah satu bidang yang memerlukan tenaga mahir ialah sektor industri pembuatan yang kini menjadi salah satu sektor penyumbang ke arah pendapatan utama negara.

Menyedari keperluan yang tinggi dalam industri ini, Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) komited meningkatkan bidang latihan dan kemahiran dengan menawarkan program Sijil Mekanikal Pembuatan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengarahnya, Abdul Latif Ahmad berkata, KKKB  berjaya melahirkan lebih 5,000 graduan sejak program berkenaan ditawarkan pada tahun 2001.

"Program ini dijalankan selama 16 bulan iaitu bersamaan dengan empat semester di mana tiga semester dihabiskan melalui pembelajaran di kolej dan semester terakhir di industri pembuatan.

"Kami turut memiliki mesin-mesin yang sama digunakan dalam industri ini bagi memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pembelajaran berasaskan suasana kerja sebenar," katanya.

"Program ini membantu melahirkan graduan yang berkemahiran sebagai juruteknik dan jurumesin terlatih serta perekabentuk produk yang selari dengan kehendak industri semasa," katanya.

Miliki jaringan kerjasama

Beliau berkata, pihaknya turut memiliki jaringan kerjasama baik dengan industri di antaranya Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC), Kulim Technology Park Sdn Bhd dan Mattel (M) Sdn. Bhd.

"Kerjasama ini bertujuan memberi peluang pekerjaan kepada pelajar yang menamatkan pengajian. Tahun lalu, 66.7 peratus pelajar berjaya mendapatkan pekerjaan manakala  33.3 peratus pelajar menyambung pengajian di peringkat diploma di universiti awam terpilih," katanya.

Beliau berkata, syarat kemasukan amat mudah dan mampu menarik ramai pelajar lepasan SPM bagi menyertai program ini.

"Mana-mana warganegara Malaysia yang berusia 17 tahun ke atas dan lulus SPM termasuk subjek Matematik boleh memohon untuk mengikuti program ini. Bantuan kewangan iaitu biasiswa sebanyak RM1,200 bagi setiap semester turut diberikan kepada pelajar dengan syarat pendapatan keluarga mestilah di bawah RM3,000 sebulan.

"Biasiswa Orang Kelainan Upaya (OKU) sebanyak RM 250 sebulan turut ditawarkan kepada pelajar yang memegang kad OKU bertujuan meningkatkan semangat mereka untuk menyambung pengajian," katanya.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Kolej Komuniti lahir graduan berkemahiran"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info