Ingin Kurus Sebelum Raya? Jom Amalkan Ini

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

Ingin Kurus Sebelum Raya? Jom Amalkan Ini
6/11/2015 11:00:31 PM

Ingin Kurus Sebelum Raya? Jom Amalkan Ini

Ingin Kurus Sebelum Raya? Jom Amalkan Ini | Ramai yang beranggapan, ketika bulan puasa mereka boleh menurunkan berat badan dengan mudah. Namun sebaliknya ramai yang menambah berat badan pula kerana tidak menjaga pemakanan ketika waktu berbuka. Makan berlebihan dan tidak mengambil makanan seimbang antara faktor yang menyebabkan peningkatan berat badan.

Jika anda mengamalkan diet yang betul ketika berpuasa anda boleh kelihatan lebih langsing di pagi raya. Kalau tidak tahu caranya, jom baca artikel di bawah ini.

1) Amalkan bersahur dengan mengambil makanan yang kaya protein – setiap kali bersahur, amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan protein dan tinggi dengan serat seperti oat, beras perang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanan sebegini akan membuatkan anda lebih bertenanga dan tidak berasa terlalu lapar ketika sedang berpuasa.

2) Jangan makan dalam kuantiti berlebihan – ketika waktu berbuka, makan dengan perlahan dan dalam kuantiti yang sederhana. Pastikan makanan yang anda ambil itu seimbang untuk memenuhi keperluan nutrisi badan. Elakkan makan makanan yang terlalu tinggi kandungan lemak dan minyak.

3) Elak minum air yang tinggi kandungan gula – ketika berpuasa badan akan mengalami dehidrasi, jadi penting untuk kita minum air secukupnya. Tetapi elakkan minum terlalu banyak minuman yang manis. Seeloknya amalkan minum dua gelas air suam ketika berbuka.

4) Kurangan makanan yang manis, berminyak dan berlemak – badan memang akan memerlukan makanan yang manis untuk menstabilkan kembali kadar gula dalam darah tetapi anda tetap perlu menghadkan pengambilan makanan yang manis, berminyak dan berlemak jika tidak mahu berat badan makin meningkat sebelum pagi raya.

Jika anda rasa ingin berdiet ketika bulan puasa iaitu dengan mengurangkan pengambilan makanan ketika berbuka anda perlu mengambil suplemen tambahan untuk memastikan badan anda tidak menjadi terlalu lemah, letih dan lesu.

Pengambilan vitamin penting untuk memastikan badan anda tetap kekal cergas dan bertenaga biarpun sedang berdiet ketika bulan puasa. Selain itu amalkan juga beberapa senaman ringkas yang tidak terlalu meletihkan badan anda.

(Visited 1 times, 1 visits today)

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Ingin Kurus Sebelum Raya? Jom Amalkan Ini"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info