12 pemimpin PAS Jelebu keluar parti

 

 

Rilekslah
Malaysian Social Media Trendsetter

12 pemimpin PAS Jelebu keluar parti
6/12/2015 4:53:40 AM

12 pemimpin PAS Jelebu keluar parti

KUALA KLAWANG: Seramai 12 pemimpin PAS Kawasan Jelebu mengisytiharkan keluar dari parti itu, hari ini. Mereka yang menamakan diri sebagai Kumpulan Pencetus Perubahan berbuat demikian kerana sudah hilang sepenuhnya keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan PAS yang baru dipilih dalam Muktamar Agung PAS ke-61, baru-baru ini. Antara pemimpin berkenaan ialah Pengarah Pilihan Raya PAS Jelebu, Saiful Bahri Jaaman, dan Ketua Pemuda PAS Jelebu, Mohd Faizal Fadli Idrus.

Saiful Bahri berkata, setakat ini mereka tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti lain, tetapi tidak menolak kemungkinan menyertai PKR atau DAP atau gabungan kedua-dua parti itu yang dikatakan akan diwujudkan pada masa hadapan.

Comments

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "12 pemimpin PAS Jelebu keluar parti"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info