Khalid Boleh Jadi MB Jika Dapat Sokongan Adun UMNO?

 

 

MYNEWSHUB
Berita Online Terhangat Malaysia

Khalid Boleh Jadi MB Jika Dapat Sokongan Adun UMNO?
6/27/2015 4:18:01 AM

KUALA LUMPUR – "Amat hairan bagaimana beliau menyangka boleh memegang semula jawatan Menteri Besar kerana beliau telah dipecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan sekarang hanya merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas".

Itu reaksi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd. Akin berikutan kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam bahawa beliau bersedia kembali menjadi Menteri Besar Selangor jika mendapat sokongan majoriti mudah ADUN Selangor.

Shamsul Iskandar bagaimanapun mengakui Abdul Khalid boleh kembali memegang jawatan itu jika mendapat sokongan penuh ADUN UMNO Selangor tetapi mendakwa itu satu pengkhianatan kepada rakyat Selangor.

"Saya ingin mengingatkan Abdul Khalid bahawa beliau dipilih sebagai ADUN atas kerusi PKR dan oleh itu beliau tidak harus beranggapan rakyat Selangor telah memilih beliau atas namanya semata-mata.

"Abdul Khalid hanya boleh menjadi Menteri Besar semula sekiranya beliau diberi sokongan penuh oleh UMNO. Jika itu berlaku, ini merupakan suatu khianat yang amat besar terhadap rakyat Selangor," dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Shamsul Iskandar dalam pada itu mendakwa, tidak berbangkit sebarang isu berkenaan Menteri Besar Selangor sedia ada, Mohamed Azmin Ali kehilangan sokongan majoriti ADUN Selangor.

Dakwanya, ADUN Selangor daripada PKR, DAP dan PAS tetap memberi sokongan kepada Mohamed Azmin untuk terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar.

Media semalam melaporkan, Abdul Khalid sedia kembali menjadi Menteri Besar Selangor bagi memastikan negeri itu ditadbir secara telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah.

Namun, ADUN Bebas Pelabuhan Klang itu berkata, beliau hanya boleh kembali menerajui Selangor jika mendapat majoriti mudah dalam DUN Selangor.

"Saya sedia kembali menjadi Menteri Besar jika mendapat sokongan bagi memastikan Selangor ditadbir dengan telus, bertanggungjawab dan bebas rasuah," kata Abdul Khalid.

Desas-desus sudah mula tersebar Abdul Khalid akan kembali menjadi Menteri Besar bagi menggantikan Mohamed Azmin.

Dakwaan itu timbul apabila kemelut politik yang melanda DAP dan Pas yang turut sama mengheret PKR yang menjejaskan pentadbiran negeri. – Mynewshub.cc

Komen

comments

 

You are receiving this email because you subscribed to this feed at feedmyinbox.com

If you no longer wish to receive these emails, you can unsubscribe from this feed, or manage all your subscriptions

0 Komentar untuk "Khalid Boleh Jadi MB Jika Dapat Sokongan Adun UMNO?"

ISUKINI.COM
Rated 5/5 based on 16518 reviews
 
Copyright © 2014-2015 Crito Loni - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info